• UMSItS Guide

2025/2026 Semester I: Program Khas Bahasa Arab (PKBA)

  • Created :  19 May 2025 
  • Last Updated:  19 May 2025


Tarikh Permohonan 19 Mei 2025
Tarikh Tutup Permohonan 2 Jun 2025
Syarat Minimum Kemasukan

Syarat Am Universiti

  1. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf.
  2. Mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira.

Syarat Khas Program

SPM: Pakej STEM

Memiliki SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab / Al-Lughah al-‘Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam salah satu (1) mata pelajaran berikut:

  • Pendidikan Islam / Turath Dirasat Al-Islamiah
  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Maharat al-Quran / Al-Syariah / Turath Al-Quran wa Al-Sunna
  • Pendidikan Syariah Islamiah / Hifz al-Quran / Usul al-Din
  • Tasawwur Islam
  • Al-Manahij Al-Ulum Al-Islami
  • Al-Adab wa Al-Balaghah;
  • dan

    Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran berikut:

  • Fizik
  • Kimia
  • Biology 
  • Matematik Tambahan
  • Pertanian
  • Sains Komputer
  • Geografi
  • Matematik
  • Sains Tambahan / Asas Kelestarian / Sains Rumah Tangga
  • Prinsip Perakaunan / Ekonomi / Perniagaan / Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris / Pengajian Keusahawanan;
  • dan

    Mendapat sekurang-kurangnya Gred D dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

    SPM: Pakej Sastera dan Kemanusiaan

    Memiliki SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab / Al-Lughah al-‘Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab;

    dan

    Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:

  • Pendidikan Islam / Turath Dirasat Al-Islamiah
  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Maharat al-Quran / Al-Syariah / Turath Al-Quran wa Al-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah / Hifz al-Quran / Usul al-Din
  • Tasawwur Islam
  • Al-Manahij Al-Ulum Al-Islami
  • Al-Adab wa Al-Balaghah;
  • dan

    Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:

  • Sains
  • Sains Tambahan
  • Kesusasteraan Melayu
  • Geografi
  • Matematik
  • Pertanian
  • Perniagaan
  • Ekonomi
  • Prinsip Perakaunan
  • Sains Komputer
  • Kesusteraan Inggeris
  • Pengajian Keusahawanan
  • Asas Kelestarian
  • Sains Rumah Tangga;
  • dan

    Mendapat sekurang-kurangnya Gred D dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

    dan

    Lulus temuduga.

    Dokumen Perlu Dimuatnaik
  • Kad Pengenalan / MyKad calon
  • Kad Pengenalan / MyKad Ibu Bapa calon
  • Salinan Keputusan SPM
  • Semua sijil-sijil pengajian
  • Nota Penting
  • Dokumen yang tidak lengkap tidak akan diproses
  • Calon yang disenarai pendek untuk temu duga akan dihubungi melalui email / panggilan telefon
  • Manual Pengguna